Pimpinilah aku selalu
Di dalam kehidupanku
Aku lemah kalau Engkau,
Tidak menberi kekuatan.
Aku hamba-Mu memanglah sentiasa lemah,
Lemah fizikel dan lemah hatiku
Itulah harapanku pada Mu
Yang selalu membuat dosa
Mengharap keampunan dari-Mu
Tuhan, masukkan di dalam hatiku
Takut dengan kemewahan
Kerana takut disalah gunakan,
Masukkanlah di dalam hatiku
Rasa cinta pada-Mu
Agar rasa lazat menyembah-Mu
Ramat-Mu yang aku harapkan
Amal ibadahku, tidak memberi jaminan
Atau kemaafan-Mu yang aku pinta
Sekalipun aku tidak layak
Aku ini hamba-Mu Tuhan!
Tidak beguna,
Kerana membuat dosa setiap masa
Kutiplah aku dengan rahmat-Mu
Dan sedarkanlah aku dengan berkat
Sesiapa yang boleh menyelamatkan aku
Rahmat-Mu yang luas
Berkat melimpah ruah, kepada sesiapa saja

0 comments:
Post a Comment